Pengurusan Penasihatan Murid


BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


            Tajuk ini menyentuh beberapa bab yang sangat penting dan perlu diambil berat oleh para guru dan bakal guru. Di bawah tajuk ini menyentuh 4 tajuk besar yang diketahui umum. Antaranya, Bimbingan, Penasihatan, Mentoring, dan Proses bimbingan dan penasihatan.
            Melalui 4 tajuk besar yang dikemukakan, kita dapat mengetahui apa peranan dan perubahan yang dibawa oleh tajuk-tajuk tersebut. Yang pertama, maksud bimbingan secara ringkas ialah salah satu jalan atau uslub dalam menolong individu menghadapi permasalahan hidup, memberi pertolongan termasuk memandu, mengurus, melatih, mengajar, kaunseling, mengubah system dan mendoakan individu-individu tersebut.
            Kedua, Penasihatan ialah salah satu strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Strategi ini juga cara yang mudah untuk menghindarkan diri daripada memahami, memeriksa dan mengeksplor masalah yang dihadapi oleh individu tersebut.
            Ketiga, Mentoring pula, proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional kepada individu menghadapi kesusahan hidup dan pembangunan diri individu. Dalam konteks Pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih, kaunseling dan penilaian mentor untuk membantu mentee mendalami perkembangan professional. Seterusnya, terdapat proses mentoring yang bertujuan menjalinkan hubungan dan merunding persetujuan atau perjanjian. Ketika proses menjalinkan hubungan antara mentor dan mentee, mereka diberi masa untuk meningkatkan usaha supaya hubungan lebih erat. Kemudian, Ketika proses merunding persetujuan atau perjanjian, mentor dan mentee hendaklah mencapai persetujuan bagi mewujudkan perhubungan yang harmoni dengan melaksanakan persetujuan yang telah wujud.
            Yang keempat, bagi mendalami proses bimbangan dan penasihatan ini, kita mesti ketahui dan faham kalimah yang akan dibahaskan. Lebih-lebih lagi, apabila, kita menggunakan teori dan ilmu dari bangsa dan Bahasa yang asing. Ringkasan daripada bab ini, antara tajuk yang utama ialah Pendekatan Psikodinamik. Di bawah pendekatan ini terbahagi kepada;

1.     Teori Psikoanalitik
2.     Teori Psikologi Individu
3.     Pendekatan Humanistik-Existensial
4.     Pendekatan Gestalt
5.     Pendekatan Kognitif Tingkah Laku


Tuntasnya, peranan guru hari ini amat mencabar bahkan di sekolah kebangsaan sudah memeningkan kepala, apatah lagi dengan sekolah menengah. Malah, dengan campur tangan sesetengah ibu bapa yang lagi merumitkan tugas guru. Oleh itu, bagi guru yang bukan pada bidang kaunseling seharusnya menyelit bimbingan dan nasihat selesai mengajar, hal ini kerana, tugas ini tidak hanya bergantung pada bahu guru kaunseling tetapi semua yang dipanggil guru. Oleh itu, ringankan beban antara satu sama lain, supaya kita tidak bermasalah bila menghadapi pelajar yang bermasalah.

RUJUKAN

Khadijah Rohani Mohd Yunus & Nazariah Ab.Samad. (2006). Bimbingan & Penasihatan Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zahanim Ahmad & Qurratu Aini Syamimi. (2018). Konsep Mentoring Dalam Kalangan Guru. Malaysia. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Comments

Popular Posts