Pengurusan Alam Pembelajaran
BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Antara faktor dan kepentingan untuk persediaan alam pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran ialah pengurusan alam pembelajaran. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Sememangnya, guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah selain mengajar iaitu sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan sebagainya. Hal ini dapat memahami hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang ...
