Pengurusan Alam Pembelajaran

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


            Antara faktor dan kepentingan untuk persediaan alam pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran ialah pengurusan alam pembelajaran. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Sememangnya, guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah selain mengajar iaitu sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan sebagainya.
Hal ini dapat memahami hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.
            Pertama, kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Kedua, pengurusan alam pembelajaran melibatkan persediaan ke alam persekolahan. Terdapat beberapa asas kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru bagi menguruskan pembelajaran bilik darjah. Antara asas kemahiran bagi menguruskan pembalajaran bilik darjah ialah pengetahuan guru tentang nama dan latar belakang pelajar, prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah dan perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah.

Dan ketiga, guru perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki kelas. Elemen penting yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas ialah kebijaksanaan dan penilitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar dengan menitikberatkan aspek yang melibatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian penilaian dan pentaksiran.

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini sangat penting kepada para pelajar bagi memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan lebih memahami apa yang mereka pelajari. Selain itu, proses pemindahan maklumat juga dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan pelajar dapat lebih fokus kepada sesuatu topik sahaja. Guru perlu menguasai beberapa kemahiran dan teknik sebelum memasuki kelas bagi memastikan para pelajar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan teknik yang mudah dan berkesan. Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti  profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif dikalangan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan aspresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap ketrampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif dan menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan.
Sekian terima kasih


RUJUKAN
http://faiezimtiaz.blogspot.com/2018/12/tajuk-14-pengurusan-alam-pembelajaran.html

Comments

Popular Posts