Pengurusan Sumber
BAB 6 : PENGURUSAN
SUMBER
Bab ini
membincangkan tentang pengurusan sumber yang dijalankan oleh guru dan pelajar.
Seiring dengan persekitaran sekolah yang mempunyai pelbagai bahan pembelajaran,
guru juga perlu memiliki sifat kreatif dalam diri untuk mencari bahan
pembelajaran yang terbaik dan seterusnya mengoptimumkan bahan pembelajaran
tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengenal
pasti setiap bahan pembelajaran yang boleh digunakan supaya ilmu yang
disampaikan kepada murid dapat diterima dengan lebih berkesan. Setiap sekolah
akan dibekalkan sumber pembelajaran yang moden seperti bahan pencetak, pita
video atau DVD, perisian multimedia dan internet. Di samping itu juga, guru
perlu mempelajari ilmu IT supaya dapat menggunakan sumber pembelajaran tersebut
secara optimum supaya dapat mempertingkatkan kesan pengajarannya.
Pengurusan
sumber amatlah penting bagi sebuah institusi pendidikan kerana pengurusan
sumber merupakan salah satu medium rujukan untuk mencari maklumat.
Menurut Buck (2010), pengurusan juga terdiri daripada
pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih
entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi
mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan.
Sumber
pula bermaksud sesuatu yang menjadi rujukan untuk memastikan kesahihan sesuatu
maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh
digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai
bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai
kategori sumber antaranya dari alam atau semula jadi,manusia, serta
kewangan dan teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung
dalam kehidupan dan mempunyai kaitan juga dengan pengurusan.
Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology)
2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara
terpisah mahupun dalam bentuk gabungan,biasanya dalam situasi informasi untuk
memberi kemudahan belajar.
Oleh itu, pengurusan sumber boleh
ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui
proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari
aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah
sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesuatu
fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat
tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk
pembelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.
2. ISI
PENTING
Antara isi yang terdapat dalam bab
pengurusan sumber ialah:
2.0 Objektif
pusat sumber
Objektif pusat sumber ini ditubuhkan adalah bagi membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan
ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek. Seterusnya, ia untuk memupuk
kemahiran menggunakan bahan pusat sumber. Memupuk dan menanamkan tabiat gemar
membaca dan menyelidik. Pusat sumber juga dapat
membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan
untuk pengajaran. Akhir sekali, ia juga membantu memupuk dan mengembangkan bakat
dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan mereka sendiri.
2.2 Ciri-ciri
pusat sumber
Terdapat beberapa ciri-ciri pusat sumber yang efisien
antaranya ialah pusat sumber yang menyeronokkan murid dan ceria dengan pelbagai
hiasan yang boleh menarik murid-murid untuk sentiasa berkunjung ke sana.
Seterusnya, pusat sumber yang menjimatkan masa seperti susunan kesemua
bahan-bahan mestilah teratur dan mempunyai label pada rak atau abjad hadapan
tajuk buku. Hal ini lebih memudahkan para pelajar bagi mencari bahan-bahan
pembelajaran dan lebih arif tentang selok-belok di mana bahan-bahan tersebut
untuk mereka meminjamnya pada masa akan datang atau apabila mereka
memerlukannya. Selain itu, sumber rujukan mestilah senang diperoleh seperti
saiz-saiz rak haruslah bersesuaian dengan pelajar dan penyusunan ke semua
sumber adalah sistematik. Jika sumber sukar untuk di cari murid pasti tidak
gemar mencari bahan-bahan di pusat sumber lagi. Pusat sumber juga mestilah
ditubuhkan di kawasan yang sesuai dan jauh dari pencemaran bunyi dari kawasan
sekeliling. Sebagai contoh, pusat sumber tidak berdekatan dengan jalan raya
atau kawasan kantin. Selain itu juga, pusat sumber mestilah dapat
mempelbagaikan kegiatan murid kerana tujuan pusat sumber ditubuhkan bagi
mengembangkan dan menambahkan ilmu kepada para murid supaya lebih berinovasi
dan kreatif. Jadi, bahan yang berada di pusat sumber mestilah dapat menambah
ilmu para murid.
2.4 Jenis
sumber pembelajaran
Terdapat empat jenis sumber pembelajaran yang terletak di
pusat sumber. Yang pertama ialah sumber asas contohnya
buku dan majalah.
Seterusnya ialah sumber rujukan elektronik contohnya rujukan online dan di laman sesawang. Sumber
elektronik adalah
antara jenis sumber pembelajaran di pusat sumber. Contohnya guru menggunakan teknologi ICT seperti LCD dan sebagainya. Akhir sekali ialah sumber pengalaman seperti lawatan dan
sebagainya.
2.5 Fungsi dan peranan pusat sumber.
Pusat
sumber berkembang pesat dari waktu ke waktu dengan pelbagai fungsi dan
peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan
dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat sumber
juga berkembang daripada pusat sumber tradisional, semi tradisional,
elektronik, digital sehinggakan pusat sumber virtual
dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya.
Fungsi utama pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama
bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan
sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para
guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan
dalam proses pengajaran di bilik darjah.
Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan
sebagai tempat untuk mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang
berfaedah. Hal ini kerana,dengan adanya pusat sumber mereka
terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan mempunyai tempat
bagi mengisi masa mereka.Mereka tidak akan membazirkan masa di tempat yang
tidak berfaedah seperti di pusat membeli- belah, kedai makan
dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber
bersama kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi
dapat menambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah
yang telah disediakan.
Pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea
dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber sekolah
bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya
membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru
yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja
menyediakan bahan-bahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai
aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran ,
kreativiti dan imaginasi para pelajar
dan guru. Contohnya dengan penganjuran pelbagai
pertandingan seperti pertandingan bercerita dan banyak lagi.
Pusat sumber sekolah juga berperanan
sebagai pusat profesional. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang di
jalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan ikhtisas perguruan dari aspek
kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta
kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan- rancangan
perkembangan staf dan latihan dalaman boleh dijalankan melalui
perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang
pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran
yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat
menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan
kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian
mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting
dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan
daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa
kini.Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian
sesebuah organisasi itu.
3. RUMUSAN
Sebagai kesimpulan bagi bab ini,
pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar
terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian
guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai.
Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan
pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu
bantuan dalam sistem pembelajaran.
4. Rujukan
1. Jenis-
jenis sumber pembelajaran dan pemanfaatnya.Diperoleh pada 9 Mac
2011 daripada http://massofa.wordpress.com/Linder, S.B (1970).
2.
The Harried Lecture Class. New York: Columbia University
Press.scrib (2010).
3. Tujuan penggunaan sumber
pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada 9Mac, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/
4. Teori
pembelajaran ( 2009 ). Diperoleh pada
9 Mac, 2011daripada http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/index
TE.html
6. Pengurusan Pusat Sumber
Abad ke 21 http://btp.moe.gov.my/media/PSP/pusat_sumber_abad_ke_21__new_edit_on_20.11.17.pdf
Comments
Post a Comment