Pengurusaan Pelbagai Budaya


Bab 10: Pengurusan Pelbagai Budaya

Didalam kursus pengurusan pembelajaran pada bab yang ke sepuluh membincangkan berkenaan pengurusan pelbagai budaya. Menurut Tylor budaya adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Secara umumnya budaya boleh didefinisikan sebagai semua cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tindakan manusia yang diwarisi secara turun  temurun melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula budaya bermaksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
Terdapat  tiga teori berkaitan dengan sosial pelbagai budaya iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot II: Ethnic Synthesis dan Cultural Pluralism (Mosaic Analogy). Di dalam Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity melihat individu dalam masyarakat didalam hierki iaitu terdapat sebahagian kumpulan masyarakat majoriti dan sebahagian yang lain merupakan minoriti. Sebagai contoh, sekiranya  suatu bangsa minoriti di suatu tempat berada bersama bangsa majoriti maka bangsa minoriti mestilah mengikut bangsa majoriti. Teori ini menyekat kebebasan seseorang. Teori Melting Pot II: Ethnic Synthesis pula merupakan identiti agama, etnik, Bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai membentuk suatu identiti yang baru yang akan menghakis identiti asal. Teori ini bukanlah secara keseluruhanya bersifat demokratik kerana ia hanya gabungan sebahagian kecil unsur budaya asli individu dalam suatu masyarakat dan tidak mengambil sebahagian unsur yang lain. Teori yang terakhir iaitu Curtural Pluralism (Mosaic Anology) pula menyatakan bahawa manusia terdiri daripada individu yang pelbagai kaum mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa dan budaya yang berbeza, masing-masing mempunyai hak  untuk mengekalkan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini merupakan teori yang demokratik  kerana tidak mengetepikan identiti mana-mana budaya tidak kira sama ada budaya kelompok majority atau minoriti.
Terdapat beberapa dasar berkaitan pendidikan pelbagai budaya yang telah diwartakan. Antara akta dasar pendidikan ialah Laporan Bernes (1951) yang menyatakan tentang maklumat pendidikan dasar perlulah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum. Selain itu, laporan fenn-Wu (1951) yang menyatakan bahawa dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya serta menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya. Seterusnya, terdapat jugaa ordinan Pendidikan 1952 yang menyatakan bahawa matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai kaum yang bercorak kebangsaan yang berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil. Dasar yang terakhir ialah Akta pendidikan 1961 iaitu sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya dan atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini
Terdapat beberapa kepentingan memahami kepelbagaian kebudayaan bagi seorang guru antaranya ialah guru merupakan orang yang bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan generasi muda . perpaduan ini dapat dipupuk dengan memberikan pemahaman yang mendalam kepada murid-murid tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Guru perlulah menerapkan nilai menghormati dan menerima budaya kaum lain. Selain itu, pemahaman tentang kepelbagaian budaya juga penting bagi seorang guru bagi membuat persediaan untuk berhadapan  dengan murid daripada pelbagai budaya. Ini dapat mengelakkan sifat prasangka dan prajudis terhapat pelajar yang berlainan budaya. Guru juga akan lebih menghormati budaya setempat.
Kesimpuannya, pengurusan pelbagai budaya dapat menjadi satu asbab kepada perpaduan masyarakat setempat. Dengan memahami kepelbagaian budaya yang ada di sesebuah negara maka kehamonian dan kemakmuran negara akan tercapai.

Rujukan
Ainaqila98. (n.d.). Bab 11 : Pengurusan pelbagai budaya. Retrieved June 09, 2020, from http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-11-pengurusan-pelbagai-budaya.html
Unknown. (1970, January 01). BAB 2: BUDAYA. June 09, 2020, diperoleh dari http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-2-budaya.html
Ayub, A., Meaw, J. S., & Salleh, M. N. (1989). Kertaskerja Seminar Pengurusan budaya organisasi di Malaysia isu-isu semasa. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Comments

Popular Posts