Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran
Bab
7: Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll)
Kursus
pengurusan pembelajaran dalam bab yang ke tujuh menerangkan tentang strategi
pengurusan bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan
lain-lain lagi. Pengurusan bilik darjah berkait dengan perlakuan, tetapi ia
juga didefinisikan secara lebih luas sebagai merangkumi perancangan,
pengelolaan dan kawalan murid, proses pembelajaran dan persekitaran bilik
darjah bagi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna.Perkara yang
dibincangkan didalam bab ini ialah berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi
strategi pengurusan bilik pembelajaran dan tugas yang perlu dilakukan oleh guru
bagi memastikan strategi pebgurusan bilik darjah dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Secara
asasnya terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi strategi menguruskan bilik
pembelajaran iaitu faktor fizikal, interaksi dan iklim. Faktor pertama ialah
faktor fizikal bilik pembelajaran yang berkaitan dengan susunan bilik
pembelajaran. Penyusunan bilik pembelajaran amat penting bagi memastikan para
pelajar dapat berada dalam suasana yang kondusif ketika aktiviti pembelajaran
dan pemudah caraan dilakukan. Rutin bilik darjah perlulah diwujudkan bagi
menambah sikap tanggungjawab dan kerjasama dalam diri para pelajar .
Faedah rutin bilik ialah proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur dapat menjimatkan masa guru dan
pelajar. Selain itu, bilik pebelajaran juga perlulah menyediakan bahan bacaan
dan bahan ilmiah yang bersesuaian bagi menarik minat pelajar dan dapat
dijadikan rujukan oleh para pelajar. Ini dapat memudahkan para pelajar untuk
mejalankan rutin pdpc secara bersistem dan menjimatkan masa.
Faktor
kedua ialah interaksi didalam bilik pembelajaran. Terdapat tiga jenis interaksi
lisan iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi perbagai hala.
Interaksi sehala atau juga dikenali sebagai interaksi tradisional merupakan interaksi
yang berlaku dimana guru mengawal segala aktiviti pdpc yang berlaku. Interaksi
dua hala pula terbahagi kepada dua iaitu antara guru dengan murid dan murid
dengan murid. interaksi dua hala antara guru dengan murid ialah guru melakukan
perbincangan dan kaedah indukif semasa menjalankan aktivitivi pdpc manakala
interaksi dua hala antara murid dengan murid ialah guru menyuruh para pelajar
melakukan aktiviti berkumpulan, perbentangan dan kaedah seperti lakonan
dan permainan semasa pdpc dijalankan dengan guru berperanan sebagai
pemerhati. Jenis interaksi pelbagai hala iaitu antara guru dengan murid
dan murid dengan murid serta interaksi berkomputer. Interaksi ini
dijalankan dengan cara pengajaran seperti simulasi, pendekatan kumpulan,
perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
Faktor
terakhir ialah faktor iklim di bilik pembelajaran. Terdapat tiga bahagian dalam
faktor iklim bilik darjah iaitu suasana fizikal, sosial dan emosi. Suasana
fizikal berkaitan dengan fizikal suatu bilik pembelajaran iaitu perancangan
yang melibatkan penyusunan dan pengorganisasian. Suasana sosial pula
ialah berkaitan hubungan sosial di dalam bilik pembelajaran iaitu
hubungan individu dengan murid. Suasana emosi bilik pembelajaran pula
dipengaruhi oleh pelbagai suasaa seperti kaedah mengajar, pujian kepada murid
dan suasana bilik pembelajaran.
Terdapat
beberapa tugas pengurusan yang perlu dilakukan oleh para guru antaranya ialah
mewujudkan suasana fizikal yang menarik dan praktikal bagi pembelajaran. Selain
itu, guru perlulah menyusun serta mengumpul bahan dan peralatan untuk mengajar
dan mewujudkan suasana psikologis yang bersesuaian didalam bilik pembelajaran
serta menilai tahap pemahaman murid bagi merancang pengajaran yang akan
dijalankan bagi membangunkan kemahiran sosial dan peribadi murid.
Rumusannya,
strategi bilik pembelajaran dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu fizikal,
innteraksi dan iklim di bilik pembelajaran. Bagi memastikan strategi yang
dirancang berjalan dengan lancar maka guru memainkan peranan yang besar supaya
proses pembelajaran dan pemudah caraan dapat berjalan dengan lancar.
Rujukan
Ang, J. J.
(2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti
pembelajaran berkesan. Batu Caves, Sel.: PTS Akademia.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006).
Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal
Pendidikan, 31, 3-19, http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14749
Care, E., &
Krause, K. D. (2003). Educational psychology for learning and teaching:
ExamView Testbank. South Melbourne: Thomson Learning.
Abdullah, B. (1970,
January 01). BAB 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN ( BILIK DARJAH/
MAKMAL/ STUDIO/DLL). June 09, 2020, diperolehi dari http://badriyahabdullah.blogspot.com/2018/12/bab-7-strategi-mengurus-bilik.html
Comments
Post a Comment